Selasa, 30 April 2019

KAUM-KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH 2


Bismillahirrahmanirrahim.. InsyaAllah saya akan berkongsi kisah dalam buku ini.
Berikut ialah kaum-kaum yang telah dibinasakan.


  1. Kaum Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun pengikutnya yang beriman hanyalah lebih kurang 80 orang. Kaumnya mendustakan dan mempersendakan Nabi Nuh. Kemudian, Allah menurunkan banjir yang besar sehingga menenggelamkan merekan yang ingkar, termasuklah anak dan isteri Nabi Nuh. Pernyataan ini ada dinyatakan dalam surah al-Ankabut ayat 14.
  2. Kaum Nabi Hud. Nabi Hud diutus oleh Allah untuk kaum 'Aad. Walau bagaimanapun, mereka telah mendustakan kenabian Nabi Hud. Oleh sebab itu, Allah telah mendatangkan angin yang dahsyat dengan disertai oleh bunyi guruh yang menggegar sehingga mereka tertimbus pasir dan akhirnya mereka binasa. Kisah Nabi Nuh yang disebutkan dalam beberapa surah seperti surah at-Taubah ayat 70, surah al-Qamar ayat 18, surah Fushilat ayat 13, surah an-Najm ayat 50, dan surah Qaf ayat 13.
  3. Kaum Nabi Saleh. Nabi Saleh diutus oleh Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, kaumnya membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab terhadap mereka. Kisah Nabi Saleh ini diceritakan dalam surah al-Hijr ayat 80, surah Hud ayat 68, dan surah Qaf ayat 12.
  4. Kaum Nabi Lut. Umat Nabi Lut terkenal dengan perbuatan homeseksual dan lesbian, iaitu mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Walaupun mereka sudah diberi peringatan, namun mereka tidak mahu bertaubat. Akhirnya, Allah menimpakan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat beserta angin kencang dan hujan batu sehingga rumah-rumah mereka hancur. Kaum Nabi Lut ini akhirnya tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri sebagaimana yang disebutkan dalam surah asy-Syu'ara ayat 160, surah an-Naml ayat 54, surah al-Hijr ayat 67, surah al-Furqan ayat 38, dan surah Qaf ayat 12.
  5. Kaum Nabi Syuaib. Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Kaum Madyan dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam pedagang. Apabila membeli, mereka meminta agar barang belian mereka dilebihkan dan apabila menjual, mereka selalu mengurangkan sukatan barang yang dijual. Oleh sebab itu, Allah pun mengazab mereka dengan udara yang teramat panas. Walaupun mereka berlindung di bawah tempat yang teduh, namun hal itu tidak mampu menghilangkan rasa panas. Akhirnya, mereka pun binasa. Kisah ini ada dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 70, surah al-Hijr ayat 78, surah Thahaa ayat 40, dan surah al-Hajj ayat 44.
  6. Selain Kaum Madyan, Nabi Syuaib turut diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah yang mempunyai pohon yang sangat rimbun. Menurut sebahagian daripada ahli tafsir, kaum ini juga disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah) sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hijr ayat 78, surah asy-Syu'ara ayat 176, surah Shaad ayat 13, dan surah Qaf ayat 14.
  7. Firaun. Kaum bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Oleh sebab itu, Allah mengutus Nabi Musa dan Harum untuk mengingatkan Firaun tentang azab Allah. Namun, Firaun bukan sahaja ingkar, malah turut mengaku dirinya sebagai tuhan. Firaun akhirnya dijumpai mati di Laut Merah dalam keadaan jasadnya yang tidak reput dan ditemui pula oleh ahli arkeologi  moden. Hingga kini, mayat Firaun masih dapat disaksikan di muzium mumia di Mesir. Kisah tentang Firaun diceritakan dalam surah al-Baqarah ayat 50dan surah Yunus ayat 92.
  8. Ashabul Sabt. Mereka merupakan golongan fasiq yang tinggal di Bandar Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah dengan tidak beribadat pada hari sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari sabtu dan tidak ada ikan pada hari yang lain. Akhirnya mereka dibinasakan dan disumpah menjadi kera yang hina oleh Allah sebagaimana dalam surah al-A'raf ayat 163.
  9. Ashabul Rass. Rass ialah nama sebuah telaga yang kering. Nama al-Rass merujuk kepada nama suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan bahawa nabi yang diutus kepada mereka ialah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyatakan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lain menyebutkan bahawa utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (atau Handzalah bin Shofwan menurut pendapat yang lain). Mereka merupakan kaum yang menyembah patung. Ada yang menyebutkan bahawa pelanggaran yang mereka lakukan kerana mereka telah mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan oleh allah. Kisah ini ada disebutkan dalam surah al-Furqan ayat 38 dan surahQaf ayat 12.
  10. Ashabul Ukhdudd. Ashabul Ukhdud ialah sauru kaum yang menggali parit dan tidak mahu beriman kepada Allah, termasuklah rajanya. Mereka telah mencampakkan sekumpulan orang yang beriman ke dalam parit menyala dengan api. Perbuatan mereka itu mendapat kutukan Allah. Kisah ini dijelaskan dalam surah al-Buruj ayat 4 hingga 9.
  11. Ashabul Qaryah. Menurut sebahagian daripada ahli tafsir, Ashabul Qaryah (suatu negeri) ialah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka, lalu Allah membinasakan mereka dengan suara yang sangat kuat. Kisah inni tercatat dalam surah Yasin ayat 13.
  12. Kaum Tubba' ialah nama seorang raja berbangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar terhadap Allah sehingga melampaui batas. Peradaban mereka sangat maju. SAlah satu daripada kemajuan mereka adalah dengan adanya empangan air. Kisah ini tentang kaum Tubba' ada diceritakan dalam suarah ad-Dukhan ayat 37.
  13. Kaum Saba. Mereka diberi berbagai-bagai kenikmatan berupa kebung-kebun yang ditumbuhi pohon-pohon untuk kemakmuran rakyat. Oleh sebab mereka enggan mematuhi suruhan Allah seperti mana yang pernah diingatkan Nabi Sulaiman sebelum itu, maka akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma'rib, kemudian terjadilah banjir besar (al-Arim). Sebagaimana kisah-kisah lain, kisah tentang kaum Saba' juga ada dinyatakan dalam al-Quran iaitu dalam surah Saba' iaitu dalam surah Saba' ayat 15 hingga 19.
Dapat saya simpulkan ialah di negara kita ini sudah banyak berlaku perkara-perkara seperti berikut. Oleh itu, kita harus berusaha menyebar dakwah dengan lebih meluas untuk semua orang sedar bahawa kezaliman dan kemaksiatan di negara kita ini telah melampau. 

" Dan kami tidaklah menganianya mereka tetapi merekalah yang menganianya diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikit pun, kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah, sewaktu azab Tuhanmu datang. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka". (Surah Hud: 101)

KAUM-KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH 1

KAUM-KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH KARYA DR. ADIL AKHYAR


Buku-buku dari penulis hebat seperti Dr. Adil Akhyar tentang mengingati Allah yang Maha Esa, Antara tajuk bukunya ialah Rahsia kehebatan wali-wali Allah, Dahsyatnya solat, 9 Penyakit ummah dan sebagainya.

Buku yang saya ingin kongsikan ialah kaum-kaum yang dimusnahkan Allah, buku ini menceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah. Mereka dibinasakan kerana mengingkari utusannya dan melakukan berbagai-bagai kemungkaran.

Selain itu, Al-quran juga menceritakan bahawa sebahagian daripada kaum itu dibinasakn oleh Allah. Ini kerana mereka melakukan kezaliman dan kemaksiatan di muka bumi, seperti mengingkari keesaan Allah dan memusuhi rasul yang diutus kepada mereka.

Kehancuran, kematian dan kebinasaan menjadi balasan atas kemungkaran dan kemaksiatan yang mereka sendiri lakukan. Antara kaum-kaum yang dimusnahkan oleh Allah ialah:
  • KAUM NABI NUH
  • KAUM NABI HUD
  • KAUM NABI SALEH
  • KAUM NABI LUT
  • KAUM NABI SYUAIB
  • KAUM FIRAUN
  • ASHABUL SABT
  • ASHABUL RASS
  • ASHABUL UKHDUDD
  • ASHABUL QARYAH
  • KAUM TUBBA'
  • KAUM SABA

Hingga kini, kita masih dapat menyaksikan sisa-sisa  kehancuran mereka. Para peneliti sejarah dan arkeologi telah menjumpai banyak kesan peninggalan bandar-bandar yang hilang akibat kemusnahan tersebut. Bandar-bandar ini memiliki ciri-ciri sebagaimana yang disebutkan dalam kitab suci al-Quran dan manuskrip-manuskrip lama tentang kaum yang dibinasakan.

Pembinasaan kaum-kaum ini dikisahkan dalam al-Quran supaya kisah tersebut dapat dijadikan pengajaran oleh kaum-kaum yang hidup selepasya agar mereka tidak melakukan kezaliman dan kemaksiatan yang sama. Ada banyak kisan tentang kaum yang diazab oleh Allah akibat kemungkaran. 

Buku ini sangat bagus kerana mengingatkan kita agar tidak melakukan perkara yang sama. Dan saya juga berasa sedih dan tergugap kerana kisah kaum-kaum yang dibinasakan kerana mengingkari utusannya dan melakukan berbagai-bagai kemungkaran yang dibuat telah pun berlaku di zaman yang serba moden ini dan dapat pengajaran atau teladan untuk kita semua. Sambungan cerita ini di entri blog seterusnya. Sekian Terima Kasih.