Rabu, 29 Mei 2019
Tok Guru Dalam Ingatan
12 Februaru 2015. Tarikh yang amat dukacita untuk ummat islam di Malaysia. Hilang permata dunia yang hebat tiada ganti. Lebih kurang 4 tahun lebih beliau pergi meninggalkan kita. Jujur , aku melihatnya bukan kerana partinya, tapi kerana caranya.
Beliau makan tak macam kita makan, minum tak macam kita minum. Kalau marah tak macam kita marah. Ibadat dan zikir lagi jauh nak banding dengan kita. Teringat kisah akhir minit kehidupan nya, ketika doktor mengesahkan beliau tidak mampu untuk bangun atau bercakap. Tapi ketika awal pagi sebelum subuh nampak pergerakan dari atas katil, ternyata Tok Guru sedang Qiyamulail. Kemuliaan manusia akhir zaman.
Alam Kubur
Disebutkan dalam sebuah kisah Sayyidina Usman Ibn affan akan menangis kalau diceritakan kepada nya tentang alam kubur. Nangis beliau sampai basah janggutnya yang tebal. Begitu takut nya beliau tentang alam kubur.
Tetapi apabila orang cerita tentang neraka, Sayyidina Usman tidak menangis begitu teruk. Maka orang rasa pelik. Kenapa bab Neraka tak nangis seteruk sedangkan Neraka lagi dahsyat azabnya. Mereka bertanya hal ini kepada Sayyidina Usman.
Jawab beliau, sebab aku dengar dari hadis ini dari Nabi. "Sesungguhnya alam kubur adalah persinggahan pertama dari beberapa persinggahan di alam akhirat. Apabila seseorang selamat di alam kubur, maka alam sesudahnya akan lebih mudah. Dan apabila seseorang tidak selamat di alam kubur, maka alam setelahnya akan lebih buruk dari alam sebelumnya".
Ini kerana alam kubur itu adalah seperti "teaser". Jika teruk, akan lebih teruk nanti di akhirat.
RAMADHAN
SURAT PERPISAHAN DARI HARI-HARI RAMADHAN
Kita akan berpisah tidak lama lagi
Bila aku sudah pergi, jangan lupakan al Quran
Tetap rajin ke masjid
Jangan tinggalkan solat
Kamu mampu menjadi yang terbaik
Mampu menjadi orang yang bersabar
Jika selama ini niatmu kerana Nya
Kamu pasti baik-baik sahaja tanpaku
Jagalah iman dengan sebaik-baiknya
Semoga amalan ibadahmu diterima Nya
Semoga kamu istiqamah sentiasa
Semoga Allah redha.
Sedekah
Kedatangan bulan ramadhan setiap tahunnya tidak berhenti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala digandakan ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyedari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, tidak ada rasa kecuali tersenyum menyambut Ramadhan. Insan yang menyedari betapa dosa melumuri dirinya, tidak ada rasa kecuali bahagia akan kedatngan bulan Ramadhan.
Salah satu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin. Banyak kebaikan bersedekah, antaranya ialah :
- Sedekah dapat menghapus dosa
-Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir
-Sedekah memberi keberkahan pada harta
-Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah
-Terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah
-Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang
-Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur
-Sedekah dapat mencegah peniaga melakukan maksiat dalam jual beli
-Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.
KES KECURIAN BAHAGIAN MOTOSIKAL
Baru-baru ini kes kucurian bahagian motosikal di kolej sereumpun UPM.
Sebuah motosikal 125Z kena angkat enjin dengan ekzos sekali. Dia tak dapat motor, dia ambil part. Honda dash pulak kena rembat rim. Perkara seperti ini pihak bertanggungjawab kena lebih peka.
Dua dua kes ini berlaku di L6 kolej Serumpun.
Perkara ini berlaku pada masa yang sama
Pada pandangan saya, perkara ini berpunca kerana lambakan pentaksub motosikal di Malaysia. Terutama pentaksub motosikal yang ingin mencari modal tambahan untuk mengubah suai jentera mereka. Tidak memiliki pekerjaan dan pengaruh rakan menyebabkan aktiviti ini berleluasa sejak sekian lama. Setelah pentaksub ini memperoleh modal hasil daripada jualan part motosikal, mereka akan mengubah suai motosikal mereka supaya kelihatan cantik dan boleh menandingi rakan pentaksub yang lain. Hari raya bakal menjelang tiba, kesempatan itu diambil oleh mereka untuk kelihatan cantik dan bergaya memiliki sebuah jentera yang diidam oleh mereka. Diharapkan juga juga pihak keselamatan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Terima kasih
Sebuah motosikal 125Z kena angkat enjin dengan ekzos sekali. Dia tak dapat motor, dia ambil part. Honda dash pulak kena rembat rim. Perkara seperti ini pihak bertanggungjawab kena lebih peka.
Dua dua kes ini berlaku di L6 kolej Serumpun.
Perkara ini berlaku pada masa yang sama
Pada pandangan saya, perkara ini berpunca kerana lambakan pentaksub motosikal di Malaysia. Terutama pentaksub motosikal yang ingin mencari modal tambahan untuk mengubah suai jentera mereka. Tidak memiliki pekerjaan dan pengaruh rakan menyebabkan aktiviti ini berleluasa sejak sekian lama. Setelah pentaksub ini memperoleh modal hasil daripada jualan part motosikal, mereka akan mengubah suai motosikal mereka supaya kelihatan cantik dan boleh menandingi rakan pentaksub yang lain. Hari raya bakal menjelang tiba, kesempatan itu diambil oleh mereka untuk kelihatan cantik dan bergaya memiliki sebuah jentera yang diidam oleh mereka. Diharapkan juga juga pihak keselamatan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Terima kasih
Selasa, 28 Mei 2019
HIKMAH DI SEBALIK UJIAN
Hamba yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.
Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya :
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda :"Tidak sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedudukan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ub berkata, Rasulullah bersabda:"Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit dan lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosa sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Segala bencana, penyakit,kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kafharah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.
Allah tidak memandang kepada paras rupa, pangkat, kaya, tetapi melihat kepada hati dan amalan..
MASA ITU EMAS
Pejam celik pejam celik dah ramadhan yang ke 23. Tanpa disedari MASA begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Semoga kita semua menggunakan MASA yang ada dengan menggandakan amalan ibadah kita di bulan mulia ini kepada Allah kerana MASA yang berlalu tidak akan berulang kembali.
Peribahasa mengatakan "Masa Itu Emas" istilah MASA yang terulang dengan aktiviti yang berfaedah, jangan bazirkan MASA dengan sia-sia kerana MASA itu sangat berharga. "Demi MASA, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". (Surah Al-Asr)
MASA tidak akan menunggu sesiapa, kita mesti mengejarnya agar tidak ketinggalan dan kerugian. Hargailah MASA kerana kita tidak tahu berapa lama lagi MASA yang ada untuk kita sebelum tibanya MASA kita dijemput menemuinya..
REZEKI
Rezeki itu Di Dalamnya Ada Jaminan Allah SWT
Sesungguhnya penciptaan manusia di dunia ini ada misi dan matlamatnya. Ada perkara yang perlu dilunaskan oleh mereka.
Sesungguhnya misi utama manusia diciptakan di dunia ini adalah sebagai hamba yang tidak lain hanyalah beribadat kepada Allah SWT seperti mana firmanNya dalam Surah Az-Zariyat 56:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku.”
Dan hendaklah kita tahu bahawasanya kita sebagai muslim mempunyai wasiat agung yang perlu dilaksanakan, wasiat yang mana dikongsi bersama semua para Rasul yang diutuskan kepada kita, manusia. Wasiat itu adalah:
“Tegakkanlah agama dan janganlah berpecah belah dalamnya…” (Surah asy-Syura: 13)
Walhal mereka lupa bahawasanya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum mereka diciptakan lagi. Dan Allah SWT menyatakan jikalau hambanya itu bertakwa kepadaNya, maka Allah SWT akan mencukupkan rezekinya.
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya).” (Surah At-Talaq ayat 2-3)
Lihat sejarah khalifah yang agung dalam sejarah umat Islam, Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau di penghujung usianya, orang-orang bertanya kepada beliau: Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?!”
Umar bin ‘Abdul Aziz pun menjawab:
“Aku meninggalkan untuk mereka ketakwaan kepada Allah… Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh… Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan aku tinggalkan sedikitpun yang membantu mereka bermaksiat kepada Allah…”
Apabila kerajaan Umaiyyah jatuh, semua anak Umar Bin Abdul Aziz menjadi kaya raya tetapi sebaliknya yang berlaku kepada anak khalifah Umaiyyah yang lain walhal mereka mewarisi harta kekayaan yang banyak.
BANGKIT DAN TETAP BERUSAHA
Bangkit dan Tetap Berusaha
Saya jadi teringat, saya sendiri pernah mengalami kegagalan. Airmata? Jangan cakap, memang tumpah juga akhirnya. Masa tu, biarkan sahaja airmata mengalir. Tanda kelemahan seorang hamba dihadapan Sang Khaliq.
Ah. Sekadar mengimbas memori. Dan memori itu memang indah.
Gagal. Agaknya, ramai manusia yang takut pada perkataan gagal ini. Anda bagaimana? Adakah selepas kegagalan sudah tidak ada lagi jalan lain? Adakah jalan yang ada hanyalah jalan untuk berputus asa? Naaa, sudah pasti tidak!
Hei sahabat, apa kamu lupa pada janji ALLAh dalam kitabullah?
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” asy Syarh : 5-8
Kegagalan anda itu sebenarnya, ALLAh sudah sediakan jalan keluar. Jalan kejayaan. Yang penting adalah anda berusaha dan berusaha lagi sehingga berjaya. Kegagalan tidak selamanya, kejayaan pasti ada!
Hidup ini sebenarnya bertunjangkan keyakinan kepada ALLAh SWT. Jika anda tidak yakin terhadap ALLAh, jadi bagaimana kiranya ALLAh akan yakin terhadap anda? MashaALLAh.
Sama seperti kita berdoa, ALLAh memakbulkan doa. Subhanallah! Namun, apa yang ALLAh makbulkan adalah apa yang manusia perlukan dan baik untuk kehidupannya. Bukan apa yang dihajatinya, dan mungkin doanya itu adalah sesuatu yang tidak baik untuknya. Makanya, ALLAh berikan apa yang sepatutnya manusia perlukan.
Ahad, 12 Mei 2019
EMPAYAR HIKAYAT PUTERA TANPA NAMA
Teme Abdullah. Pertama kali mengenali tulisannya adalah dari karya pertamanya, Pelukis Jalanan. Sejak itu, saya jadi senang dengan penulisannya. Merendah diri dan menyentuh hati menjadi elemen wajib dalam penceritaannya.
Begitu juga dalam karya terbarunya, Empayar – Hikayat Putera Tanpa Nama. Ini kali pertama Teme menulis karya fiksyen, selepas tiga tajuk dalam siri kisah anekdot Jalanan.
Menceritakan tentang seorang putera yang menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan orang ramai kerana tidak berani menggalas tanggungjawab besar tersebut. Dia masuk satu madrasah yang paling terkenal dengan ketinggian ilmu agama. Putera tersebut diberi nama Pelatih 8492. Di pendekkan cerita, ada seorang pemuda ( Pahlawan 1636 ) yang sebaya dengannya dalam madrasah itu mengaku dirinya seorang putera. So pajhlawan 1636 ini seorang jahat walaupun tinggi ilmu agamanya, dia menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan diri dia sendiri. Dia menghasut orang lain dengan bagi dalil-dalil hadis walaupun hadis dhoif (hadis lemah) kepada pelatih-pelatih yang kurang ilmu agama. Dia mahu semua orang ikut kata dia, percaya dan setia dengan dia. Sampai tahap dia tuduh sahabat pelatih 8492 (putera) berzina dengan seorang wanita dan benda tu tidak pernah berlaku pun. Pelatih 8492 (putera) seorang yang bersifat zuhud dan tinggi ilmu agama. Pelatih 8492 ajak pelatih 6336 berdebat dan pahlawan 1636 kalah.
Oleh itu, beberapa pengajaran yang saya diperolehi dalam buku ini ialah jangan jadi macam pahlawan 1636 seorang pembohong, penunggan agama untuk kepentingan peribadi. Selain itu, jangan menggunakan ayat al-Quran membuta tuli tanpa usul periksa kerana benda itu boleh mempengaruhi orang yang jahil ilmu agamanya dan jangan suka menunjuk ketinggian ilmu agama kepada orang lain. Seterusnya jangan memfitnah sesorang dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis tanpa usul periksa. Akhir sekali jangan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan jangan lari dari tanggungjawab seperti putera tersebut.
Selasa, 30 April 2019
KAUM-KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH 2
Bismillahirrahmanirrahim.. InsyaAllah saya akan berkongsi kisah dalam buku ini.
Berikut ialah kaum-kaum yang telah dibinasakan.
- Kaum Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun pengikutnya yang beriman hanyalah lebih kurang 80 orang. Kaumnya mendustakan dan mempersendakan Nabi Nuh. Kemudian, Allah menurunkan banjir yang besar sehingga menenggelamkan merekan yang ingkar, termasuklah anak dan isteri Nabi Nuh. Pernyataan ini ada dinyatakan dalam surah al-Ankabut ayat 14.
- Kaum Nabi Hud. Nabi Hud diutus oleh Allah untuk kaum 'Aad. Walau bagaimanapun, mereka telah mendustakan kenabian Nabi Hud. Oleh sebab itu, Allah telah mendatangkan angin yang dahsyat dengan disertai oleh bunyi guruh yang menggegar sehingga mereka tertimbus pasir dan akhirnya mereka binasa. Kisah Nabi Nuh yang disebutkan dalam beberapa surah seperti surah at-Taubah ayat 70, surah al-Qamar ayat 18, surah Fushilat ayat 13, surah an-Najm ayat 50, dan surah Qaf ayat 13.
- Kaum Nabi Saleh. Nabi Saleh diutus oleh Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, kaumnya membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab terhadap mereka. Kisah Nabi Saleh ini diceritakan dalam surah al-Hijr ayat 80, surah Hud ayat 68, dan surah Qaf ayat 12.
- Kaum Nabi Lut. Umat Nabi Lut terkenal dengan perbuatan homeseksual dan lesbian, iaitu mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Walaupun mereka sudah diberi peringatan, namun mereka tidak mahu bertaubat. Akhirnya, Allah menimpakan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat beserta angin kencang dan hujan batu sehingga rumah-rumah mereka hancur. Kaum Nabi Lut ini akhirnya tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri sebagaimana yang disebutkan dalam surah asy-Syu'ara ayat 160, surah an-Naml ayat 54, surah al-Hijr ayat 67, surah al-Furqan ayat 38, dan surah Qaf ayat 12.
- Kaum Nabi Syuaib. Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Kaum Madyan dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam pedagang. Apabila membeli, mereka meminta agar barang belian mereka dilebihkan dan apabila menjual, mereka selalu mengurangkan sukatan barang yang dijual. Oleh sebab itu, Allah pun mengazab mereka dengan udara yang teramat panas. Walaupun mereka berlindung di bawah tempat yang teduh, namun hal itu tidak mampu menghilangkan rasa panas. Akhirnya, mereka pun binasa. Kisah ini ada dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 70, surah al-Hijr ayat 78, surah Thahaa ayat 40, dan surah al-Hajj ayat 44.
- Selain Kaum Madyan, Nabi Syuaib turut diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah yang mempunyai pohon yang sangat rimbun. Menurut sebahagian daripada ahli tafsir, kaum ini juga disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah) sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hijr ayat 78, surah asy-Syu'ara ayat 176, surah Shaad ayat 13, dan surah Qaf ayat 14.
- Firaun. Kaum bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Oleh sebab itu, Allah mengutus Nabi Musa dan Harum untuk mengingatkan Firaun tentang azab Allah. Namun, Firaun bukan sahaja ingkar, malah turut mengaku dirinya sebagai tuhan. Firaun akhirnya dijumpai mati di Laut Merah dalam keadaan jasadnya yang tidak reput dan ditemui pula oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini, mayat Firaun masih dapat disaksikan di muzium mumia di Mesir. Kisah tentang Firaun diceritakan dalam surah al-Baqarah ayat 50dan surah Yunus ayat 92.
- Ashabul Sabt. Mereka merupakan golongan fasiq yang tinggal di Bandar Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah dengan tidak beribadat pada hari sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari sabtu dan tidak ada ikan pada hari yang lain. Akhirnya mereka dibinasakan dan disumpah menjadi kera yang hina oleh Allah sebagaimana dalam surah al-A'raf ayat 163.
- Ashabul Rass. Rass ialah nama sebuah telaga yang kering. Nama al-Rass merujuk kepada nama suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan bahawa nabi yang diutus kepada mereka ialah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyatakan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lain menyebutkan bahawa utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (atau Handzalah bin Shofwan menurut pendapat yang lain). Mereka merupakan kaum yang menyembah patung. Ada yang menyebutkan bahawa pelanggaran yang mereka lakukan kerana mereka telah mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan oleh allah. Kisah ini ada disebutkan dalam surah al-Furqan ayat 38 dan surahQaf ayat 12.
- Ashabul Ukhdudd. Ashabul Ukhdud ialah sauru kaum yang menggali parit dan tidak mahu beriman kepada Allah, termasuklah rajanya. Mereka telah mencampakkan sekumpulan orang yang beriman ke dalam parit menyala dengan api. Perbuatan mereka itu mendapat kutukan Allah. Kisah ini dijelaskan dalam surah al-Buruj ayat 4 hingga 9.
- Ashabul Qaryah. Menurut sebahagian daripada ahli tafsir, Ashabul Qaryah (suatu negeri) ialah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka, lalu Allah membinasakan mereka dengan suara yang sangat kuat. Kisah inni tercatat dalam surah Yasin ayat 13.
- Kaum Tubba' ialah nama seorang raja berbangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar terhadap Allah sehingga melampaui batas. Peradaban mereka sangat maju. SAlah satu daripada kemajuan mereka adalah dengan adanya empangan air. Kisah ini tentang kaum Tubba' ada diceritakan dalam suarah ad-Dukhan ayat 37.
- Kaum Saba. Mereka diberi berbagai-bagai kenikmatan berupa kebung-kebun yang ditumbuhi pohon-pohon untuk kemakmuran rakyat. Oleh sebab mereka enggan mematuhi suruhan Allah seperti mana yang pernah diingatkan Nabi Sulaiman sebelum itu, maka akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma'rib, kemudian terjadilah banjir besar (al-Arim). Sebagaimana kisah-kisah lain, kisah tentang kaum Saba' juga ada dinyatakan dalam al-Quran iaitu dalam surah Saba' iaitu dalam surah Saba' ayat 15 hingga 19.
Dapat saya simpulkan ialah di negara kita ini sudah banyak berlaku perkara-perkara seperti berikut. Oleh itu, kita harus berusaha menyebar dakwah dengan lebih meluas untuk semua orang sedar bahawa kezaliman dan kemaksiatan di negara kita ini telah melampau.
" Dan kami tidaklah menganianya mereka tetapi merekalah yang menganianya diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikit pun, kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah, sewaktu azab Tuhanmu datang. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka". (Surah Hud: 101)
KAUM-KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH 1
KAUM-KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH KARYA DR. ADIL AKHYAR
Buku-buku dari penulis hebat seperti Dr. Adil Akhyar tentang mengingati Allah yang Maha Esa, Antara tajuk bukunya ialah Rahsia kehebatan wali-wali Allah, Dahsyatnya solat, 9 Penyakit ummah dan sebagainya.
Buku yang saya ingin kongsikan ialah kaum-kaum yang dimusnahkan Allah, buku ini menceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah. Mereka dibinasakan kerana mengingkari utusannya dan melakukan berbagai-bagai kemungkaran.
Selain itu, Al-quran juga menceritakan bahawa sebahagian daripada kaum itu dibinasakn oleh Allah. Ini kerana mereka melakukan kezaliman dan kemaksiatan di muka bumi, seperti mengingkari keesaan Allah dan memusuhi rasul yang diutus kepada mereka.
Kehancuran, kematian dan kebinasaan menjadi balasan atas kemungkaran dan kemaksiatan yang mereka sendiri lakukan. Antara kaum-kaum yang dimusnahkan oleh Allah ialah:
- KAUM NABI NUH
- KAUM NABI HUD
- KAUM NABI SALEH
- KAUM NABI LUT
- KAUM NABI SYUAIB
- KAUM FIRAUN
- ASHABUL SABT
- ASHABUL RASS
- ASHABUL UKHDUDD
- ASHABUL QARYAH
- KAUM TUBBA'
- KAUM SABA
Hingga kini, kita masih dapat menyaksikan sisa-sisa kehancuran mereka. Para peneliti sejarah dan arkeologi telah menjumpai banyak kesan peninggalan bandar-bandar yang hilang akibat kemusnahan tersebut. Bandar-bandar ini memiliki ciri-ciri sebagaimana yang disebutkan dalam kitab suci al-Quran dan manuskrip-manuskrip lama tentang kaum yang dibinasakan.
Pembinasaan kaum-kaum ini dikisahkan dalam al-Quran supaya kisah tersebut dapat dijadikan pengajaran oleh kaum-kaum yang hidup selepasya agar mereka tidak melakukan kezaliman dan kemaksiatan yang sama. Ada banyak kisan tentang kaum yang diazab oleh Allah akibat kemungkaran.
Buku ini sangat bagus kerana mengingatkan kita agar tidak melakukan perkara yang sama. Dan saya juga berasa sedih dan tergugap kerana kisah kaum-kaum yang dibinasakan kerana mengingkari utusannya dan melakukan berbagai-bagai kemungkaran yang dibuat telah pun berlaku di zaman yang serba moden ini dan dapat pengajaran atau teladan untuk kita semua. Sambungan cerita ini di entri blog seterusnya. Sekian Terima Kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)