Selasa, 28 Mei 2019

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN


Hamba yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya :
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda :"Tidak sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedudukan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas'ub berkata, Rasulullah bersabda:"Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit dan lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosa sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala bencana, penyakit,kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kafharah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

Allah tidak memandang kepada paras rupa, pangkat, kaya, tetapi melihat kepada hati dan amalan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan