Rabu, 29 Mei 2019

Tok Guru Dalam Ingatan




12 Februaru 2015. Tarikh yang amat dukacita untuk ummat islam di Malaysia. Hilang permata dunia yang hebat tiada ganti. Lebih kurang 4 tahun lebih beliau pergi meninggalkan kita. Jujur , aku melihatnya bukan kerana partinya, tapi kerana caranya.

Beliau makan tak macam kita makan, minum tak macam kita minum. Kalau marah tak macam kita marah. Ibadat dan zikir lagi jauh nak banding dengan kita. Teringat kisah akhir minit kehidupan nya, ketika doktor mengesahkan beliau tidak mampu untuk bangun atau bercakap. Tapi ketika awal pagi sebelum subuh nampak pergerakan dari atas katil, ternyata Tok Guru sedang Qiyamulail. Kemuliaan manusia akhir zaman.

Alam Kubur


Disebutkan dalam sebuah kisah Sayyidina Usman Ibn affan akan menangis kalau diceritakan kepada nya tentang alam kubur. Nangis beliau sampai basah janggutnya yang tebal. Begitu takut nya beliau tentang alam kubur.

Tetapi apabila orang cerita tentang neraka, Sayyidina Usman tidak menangis begitu teruk. Maka orang rasa pelik. Kenapa bab Neraka tak nangis seteruk sedangkan Neraka lagi dahsyat azabnya. Mereka bertanya hal ini kepada Sayyidina Usman.

Jawab beliau, sebab aku dengar dari hadis ini dari Nabi. "Sesungguhnya alam kubur adalah persinggahan pertama dari beberapa persinggahan di alam akhirat. Apabila seseorang selamat di alam kubur, maka alam sesudahnya akan lebih mudah. Dan apabila seseorang tidak selamat di alam kubur, maka alam setelahnya akan lebih buruk dari alam sebelumnya".

Ini kerana alam kubur itu adalah seperti "teaser". Jika teruk, akan lebih teruk nanti di akhirat.

RAMADHAN




SURAT PERPISAHAN DARI HARI-HARI RAMADHAN

Kita akan berpisah tidak lama lagi
Bila aku sudah pergi, jangan lupakan al Quran
Tetap rajin ke masjid
Jangan tinggalkan solat
Kamu mampu menjadi yang terbaik
Mampu menjadi orang yang bersabar
Jika selama ini niatmu kerana Nya
Kamu pasti baik-baik sahaja tanpaku
Jagalah iman dengan sebaik-baiknya
Semoga amalan ibadahmu diterima Nya
Semoga kamu istiqamah sentiasa
Semoga Allah redha.

Sedekah



Kedatangan bulan ramadhan setiap tahunnya tidak berhenti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala digandakan ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyedari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, tidak ada rasa kecuali tersenyum menyambut Ramadhan. Insan yang menyedari betapa dosa melumuri dirinya, tidak ada rasa kecuali bahagia akan kedatngan bulan Ramadhan.

Salah satu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin. Banyak kebaikan bersedekah, antaranya ialah :

- Sedekah dapat menghapus dosa
-Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir
-Sedekah memberi keberkahan pada harta
-Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah
-Terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah
-Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang
-Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur
-Sedekah dapat mencegah peniaga melakukan maksiat dalam jual beli
-Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.

KES KECURIAN BAHAGIAN MOTOSIKAL

Baru-baru ini kes kucurian bahagian motosikal di kolej sereumpun UPM.

Sebuah motosikal 125Z kena angkat enjin dengan ekzos sekali. Dia tak dapat motor, dia ambil part. Honda dash pulak kena rembat rim. Perkara seperti ini pihak bertanggungjawab kena lebih peka.
Dua dua kes ini berlaku di L6 kolej Serumpun.





                                           Perkara ini berlaku pada masa yang sama



Pada pandangan saya, perkara ini berpunca kerana lambakan pentaksub motosikal di Malaysia. Terutama pentaksub motosikal yang ingin mencari modal tambahan untuk mengubah suai jentera mereka. Tidak memiliki pekerjaan dan pengaruh rakan menyebabkan aktiviti ini berleluasa sejak  sekian lama. Setelah pentaksub ini memperoleh modal hasil daripada jualan part motosikal, mereka akan mengubah suai motosikal mereka supaya kelihatan cantik dan boleh menandingi rakan pentaksub yang lain. Hari raya bakal menjelang tiba, kesempatan itu diambil oleh mereka untuk kelihatan cantik dan bergaya memiliki sebuah jentera yang diidam oleh mereka. Diharapkan juga juga pihak keselamatan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Terima kasih

Selasa, 28 Mei 2019

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN


Hamba yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya :
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda :"Tidak sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedudukan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas'ub berkata, Rasulullah bersabda:"Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit dan lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosa sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala bencana, penyakit,kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kafharah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

Allah tidak memandang kepada paras rupa, pangkat, kaya, tetapi melihat kepada hati dan amalan..

MASA ITU EMAS



Masa Itu Emas

Pejam celik pejam celik dah ramadhan yang ke 23. Tanpa disedari MASA begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Semoga kita semua menggunakan MASA yang ada dengan menggandakan amalan ibadah kita di bulan mulia ini kepada Allah kerana MASA yang berlalu tidak akan berulang kembali.

Peribahasa mengatakan "Masa Itu Emas" istilah MASA yang terulang dengan aktiviti yang berfaedah, jangan bazirkan MASA dengan sia-sia kerana MASA itu sangat berharga. "Demi MASA, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman  dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". (Surah Al-Asr)

MASA tidak akan menunggu sesiapa, kita mesti mengejarnya agar tidak ketinggalan dan kerugian. Hargailah MASA kerana kita tidak tahu berapa lama lagi MASA yang ada untuk kita sebelum tibanya MASA kita dijemput menemuinya..


REZEKI


Rezeki itu Di Dalamnya Ada Jaminan Allah SWT

Sesungguhnya penciptaan manusia di dunia ini ada misi dan matlamatnya. Ada perkara yang perlu dilunaskan oleh mereka.
Sesungguhnya misi utama manusia diciptakan di dunia ini adalah sebagai hamba yang tidak lain hanyalah beribadat kepada Allah SWT seperti mana firmanNya dalam Surah Az-Zariyat 56:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku.”
Dan hendaklah kita tahu bahawasanya kita sebagai muslim mempunyai wasiat agung yang perlu dilaksanakan, wasiat yang mana dikongsi bersama semua para Rasul yang diutuskan kepada kita, manusia. Wasiat itu adalah:
“Tegakkanlah agama dan janganlah berpecah belah dalamnya…” (Surah asy-Syura: 13)
Walhal mereka lupa bahawasanya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum mereka diciptakan lagi. Dan Allah SWT menyatakan jikalau hambanya itu bertakwa kepadaNya, maka Allah SWT akan mencukupkan rezekinya.
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya).” (Surah At-Talaq ayat 2-3)
Lihat sejarah khalifah yang agung dalam sejarah umat Islam, Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau di penghujung usianya, orang-orang bertanya kepada beliau: Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?!” 
Umar bin ‘Abdul Aziz pun menjawab:
“Aku meninggalkan untuk mereka ketakwaan kepada Allah… Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh… Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan aku tinggalkan sedikitpun yang membantu mereka bermaksiat kepada Allah…”
Apabila kerajaan Umaiyyah jatuh, semua anak Umar Bin Abdul Aziz menjadi kaya raya tetapi sebaliknya yang berlaku kepada anak khalifah Umaiyyah yang lain walhal mereka mewarisi harta kekayaan yang banyak.

BANGKIT DAN TETAP BERUSAHA


Bangkit dan Tetap Berusaha
Saya jadi teringat, saya sendiri pernah mengalami kegagalan. Airmata? Jangan cakap, memang tumpah juga akhirnya. Masa tu, biarkan sahaja airmata mengalir. Tanda kelemahan seorang hamba dihadapan Sang Khaliq.
Ah. Sekadar mengimbas memori. Dan memori itu memang indah.
Gagal. Agaknya, ramai manusia yang takut pada perkataan gagal ini. Anda bagaimana? Adakah selepas kegagalan sudah tidak ada lagi jalan lain? Adakah jalan yang ada hanyalah jalan untuk berputus asa? Naaa, sudah pasti tidak!
Hei sahabat, apa kamu lupa pada janji ALLAh dalam kitabullah?
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” asy Syarh : 5-8
Kegagalan anda itu sebenarnya, ALLAh sudah sediakan jalan keluar. Jalan kejayaan. Yang penting adalah anda berusaha dan berusaha lagi sehingga berjaya. Kegagalan tidak selamanya, kejayaan pasti ada!

Hidup ini sebenarnya bertunjangkan keyakinan kepada ALLAh SWT. Jika anda tidak yakin terhadap ALLAh, jadi bagaimana kiranya ALLAh akan yakin terhadap anda? MashaALLAh.
Sama seperti kita berdoa, ALLAh memakbulkan doa. Subhanallah! Namun, apa yang ALLAh makbulkan adalah apa yang manusia perlukan dan baik untuk kehidupannya. Bukan apa yang dihajatinya, dan mungkin doanya itu adalah sesuatu yang tidak baik untuknya. Makanya, ALLAh berikan apa yang sepatutnya manusia perlukan.

Ahad, 12 Mei 2019

EMPAYAR HIKAYAT PUTERA TANPA NAMA

Teme Abdullah. Pertama kali mengenali tulisannya adalah dari karya pertamanya, Pelukis Jalanan. Sejak itu, saya jadi senang dengan penulisannya. Merendah diri dan menyentuh hati menjadi elemen wajib dalam penceritaannya.
Begitu juga dalam karya terbarunya, Empayar – Hikayat Putera Tanpa Nama. Ini kali pertama Teme menulis karya fiksyen, selepas tiga tajuk dalam siri kisah anekdot Jalanan.


Menceritakan tentang seorang putera yang menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan orang ramai kerana tidak berani menggalas tanggungjawab besar tersebut. Dia masuk satu madrasah yang paling terkenal dengan ketinggian ilmu agama. Putera tersebut diberi nama Pelatih 8492. Di pendekkan cerita, ada seorang pemuda ( Pahlawan 1636 ) yang sebaya dengannya dalam madrasah itu mengaku dirinya seorang putera. So pajhlawan 1636 ini seorang jahat walaupun tinggi ilmu agamanya, dia menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan diri dia sendiri. Dia menghasut orang lain  dengan bagi dalil-dalil hadis walaupun hadis dhoif (hadis lemah) kepada pelatih-pelatih yang kurang ilmu agama. Dia mahu semua orang ikut kata dia, percaya dan setia dengan dia. Sampai tahap dia tuduh sahabat pelatih 8492 (putera) berzina dengan seorang wanita dan benda tu tidak pernah berlaku pun. Pelatih 8492 (putera) seorang yang bersifat zuhud dan tinggi ilmu agama. Pelatih 8492 ajak pelatih 6336 berdebat dan pahlawan 1636 kalah.

Oleh itu, beberapa pengajaran yang saya diperolehi dalam buku ini ialah jangan jadi macam pahlawan 1636 seorang pembohong, penunggan agama untuk kepentingan peribadi. Selain itu, jangan menggunakan ayat al-Quran membuta tuli tanpa usul periksa kerana benda itu boleh mempengaruhi orang yang jahil ilmu agamanya dan jangan suka menunjuk ketinggian ilmu agama kepada orang lain. Seterusnya jangan memfitnah sesorang dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis tanpa usul periksa. Akhir sekali jangan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan jangan lari dari tanggungjawab seperti putera tersebut.