195271
1. Teks Asal: When I am calm, the
same thing happens again. I will fight another fight to me calm again
Terjemahan Melayu: Apabila saya
tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan melawan lagi supaya saya
kembali tenang.
Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek
dan Datuk
“Alim tidak faham mengapa ayam dan itik
tiada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim
sedih. Alim menangis”
2. Teks Asal: The last memory I had with
you will just remain as a happy moment that I cherished forever.
Terjemahan
Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan sentiasa menjadi detik
terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya.
Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya
“Alim tersenyum. Alim tahu bahawa
keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu
sama lain”
3. Teks Asal: To live in poverty will me
realise that life is more valuable than anything else.
Terjemahan Melayu: Untuk
hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga
daripada perkara yang lain.
Bukti: Cerita
Sosial 3: Keluarga saya
“Di dalam sebuah rumah yang kecil,
tinggal seorang budak lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang tersenyum sambil
memandang ke arah dinding. Budak lelaki itu bernama Alim. Dia mempunyai seorang
bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Mereka keluarga yang penyayang.”
4. Teks Asal: I will work hard to climb the
highest mountain although I know that it will be difficult most the time.
Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras
untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ianya akan menjadi
perkara yang sukar sepanjang masa.
Bukti: Cerita Sosial
3: Keluarga Saya
Alim tersengih dan cuba
menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.
Setiap hari, Alim cuba
memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin
bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong
abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.
5. Teks Asal: I am a good person and I
know I will be the best.
Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.
Bukti: Cerita
Sosial 5: Jiran
“Alim seorang yang
pemurah. Dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman”
6. Teks Asal: If I
can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.
Terjemahan Melayu: Sekiranya saya
dapat menerangkan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling
bahagia di dunia.
Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya
Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga
adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama
lain.
7. Teks Asal: I have faith with you.
Terjemahan Melayu: Saya percayakan awak
Bukti: Cerita Sosial 4: Hati
“Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu
tahu Alim akan belajar rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga
diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai
memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak
lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga
pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu tahu Alim boleh berdikari.”
8. Teks Asal: I want someone tell me that it is
going to be fine.
Terjemahan
Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi
baik.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Baik
sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa," kata ibu
sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah
9. Teks Asal: My parents believe that I
will be a good person one day.
Terjemahan Melayu: Ibu
bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.
Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya
“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!”
kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”
Rujukan: Noraien
Mansor Normaliza Abd Rahim (2017). 200 Quotes for you... for us... Terengganu,
Penerbit UMT.
Normaliza Abd
Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan