Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula dengan
menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau
buku).
Huraian: Pengkaji perlu menghasilkan sesebuah tesis dengan cara menggunakan
ayat sendiri dan asli, dan diolah dengan baik. Penulisan tesis adalah dilarang
untuk menyalin keseluruhan teks asal dan perlu diolah mengikut ayat pengkaji
sendiri.
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang
lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
Huraian: Tesis yang dihasilkan adalah digalakkan untuk disemak terlebih
dahulu menggunakan Turnitin atau tool sebelun dihantar kepada jurnal atau
penyelia tesis. Dengan cara ini, plagiarisme dapat dielakkan dan kadar peratusan plagiat dapat dikawal
3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak
merujuk rujukan sekunder.
Huraian: Rujukan utama perlu digunakan oleh pengkaji dan sumber rujukan
sekunder perlu dielakkan dalam sesebuah penulisan tesis. Sebagai contoh,
pengkaji perlu mengambil artikel atau jurnal yang ditulis oleh pengkaji asal
sebagai rujukan utama dan perlu mengelakkan mengambil rujukan pengkaji lain
yang menyatakan rujukan pengkaji asal tersebut dalam artikelnya. Hal ini
kerana, pengkaji yang mengambil rujkan pengkaji lain dianggap sebagai rujkan
sekunder.
4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang
kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).
Huraian: Pengkaji
yang melakukan sesebuah kajian berkaitan sesuatu bidang perlulah membaca
artikel yang berkaitan tajuk yang ingin dikaji. Melalui cara ini, pengkaji boleh mendapat gambaran awal
berkaitan kajian yang akan ditulis.
Sebanyak 50 artikel (jumlah minimum) seharusnya dibaca untuk menambahkan
maklumat pengkaji dalam sesuatu kajian.
5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input
tentang kajian yang berkaitan.
Huraian: Pelajar atau individu yang ingin menjalankan sebuah kajian,
adalah perlu menghadiri seminar atau
persidangan berkaitan kajian yang dilakukan. Hal ini bagi memastikan
pengkaji memperoleh banyak maklumat berkaitan kajian yang ingin dijalankan.
6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan.
Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar
dalam bidang.
Huraian: Segala perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan penulisan
tesis atau pelaksanaan sebuah penyelidikan, pelajar atau individu tersebut seharusnya melalui proses perbincangan
bersama penyelia yang pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Pengkaji juga
seharusnya mengelakkan daripada berbincang dengan pelajar yang lain berkaitan
kajian tersebut kerana pelajar bukanlah orang yang tepat untuk dirujuk. Hal ini kerana
bagi mengelakkan berlakunya banyak kesalahan.
7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman
- bacelor dan Master: 50 halaman PhD), Bab 3 (10 12 halaman). Bab 4 (40 halaman
bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan
jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman
mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman
adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan
Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12
halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan
pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman.
8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman
(bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak
pensyarah, fakulti dan universiti.
Huraian: Keseluruhan halaman tertakluk kepada kehendak pensyarah,
fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya keseluruhan tesis mempunyai
dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan
151 hingga 240 halaman bagi PhD. Berikut adalah salah satu syarat yang harus
dipatuhi demi melengkapkan tesis yang dilakukan.
9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian: Bagi melaksanakan tesis sewajarnya pengkaji atau pelajar
membuat perancangan atau jadual yang berkaitan sepanjang tempoh
pengajian. Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara
tersebut mampu memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis.
Sekiranya gagal membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan
kajian yang dilakukan juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan
mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
RUJUKAN:
Normaliza Abd
Rahim. (2019).Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan