 
 MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI          MUHAMMAD HAMIZ BIN SIDIN
195271 195257
Biskut Coklat Ceri Yang Banyak
⭐⭐⭐⭐⭐       49 Penilaian   |   39
Ulasan   |    17 Gambar
Biskut
coklat yang luar biasa bersama tart ceri kering pastinya menjadi kegemaran
anda!
Bahan-bahan
 
⬜  1 cawan tepung serbaguna
 
⬜   ¼ cawan serbuk koko tanpa gula
 
⬜  1 sudu teh serbuk penaik
 
⬜  ¼ sudu teh garam
 
⬜  ½ cawan mentega tanpa garam,
dilembutkan
 
⬜  1 cawan gula putih
 
⬜  1 biji telur
 
⬜  1 sudu teh serbuk kopi segera
 
⬜  1 sudu teh estrak vanila
 
⬜  ¼ cawan cip coklat kurang manis
 
⬜  ¼ cawan cip coklat putih
 
⬜  1 cawan ceri kering
Cara-cara 
 ☑️ Langkah 1
Panaskan ketuhar sehingga 350 darjah F
(175 darjah C).
 
 ☑️ Langkah
2           
Lapiskan dua kertas penaik besar dengan
kertas perkamen.
 
 ☑️ Langkah 3
Satukan tepung, serbuk koko, serbuk
penaik, dan garam ke dalam satu mangkuk.
 
 ☑️ Langkah 4
Pukul mentega dan gula bersama dalam
mangkuk besar dengan menggunakan pengadun elektrik pada tahap kelajuan
sederhana tinggi sehingga tekstur adunan tersebut menjadi ringan dan lembut.
 
 ☑️ Langkah 5
Pukul telur, serbuk kopi, dan vanila
ke dalam adunan mentega dan gula sebentar tadi sehingga sebati. 
☑️ Langkah 6
Tukar kelajuan pada tahap yang rendah
dan tuangkan campuran tepung. Pukul sehingga sebati.
 
 ☑️ Langkah 7
Gaulkan cip coklat kurang manis, cip
coklat putih, dan ceri kering ke dalam adunan tadi.
 
 ☑️ Langkah 8
Ambil sesudu daripada adunan tersebut
dan letakkan dalam 2 inci di dalam loyang yang telah tersedia.
 
 ☑️ Langkah 9
Bakar dalam 10 hingga 12 minit untuk
setiap kumpulan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan, sehingga biskut
benar-benar masak.
 
 ☑️ Langkah 10
Biarkan sejuk di atas loyang selama
dua minit. 
☑️ Langkah 11
Pindahkan biskut tersebut ke rak wayar
sehingga sejuk sepenuhnya.
 
Fakta pemakanan
Setiap hidangan:
130 kalori; protein 1.6gm; karbohidrat
19.4gm; lemak 5.4gm; kolesterol 18.3mg; natrium 51.3mg.
 RUJUKAN:
Allrecepis. (2020). Lots of
Chocolate Cherry Cookies. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/220024/lots-of-chocolate-cherry-cookies/
Kehadiran minggu 10


 


