MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI
MUHAMMAD HAMIZ BIN SIDIN
195271 195257
Ayam Parmesan
⭐⭐⭐⭐⭐
4,091 Penilaian | 2,761
Ulasan | 1,416 Gambar
Resipi Ayam Parmesan
yang dihasilkan oleh saya adalah sedikit berbeza daripada kebiasaan yang
dihasilkan di kebanyakan restoran kerana resipi ini menggunakan sos yang
sedikit dan bahagian luaran salutan ayam yang lebih rangup.
Bahan-bahan
⬜ 4
bahagian dada ayam tanpa kulit dan tanpa tulang
⬜ Garam
dan lada hitam yang sudah digiling secukup rasa
⬜ 2 biji
telur
⬜ 1
cawan sebuk roti panko atau lebih mengikut keperluan
⬜ ½
cawan keju Parmesan yang telah diparut
⬜ 2 sudu
besar tepung serba guna atau lebih mengikut keperluan
⬜ 1 cawan
minyak zaitun untuk menggoreng
⬜ ½
cawan sos tomato yang telah disediakan
⬜ ¼ cawan
keju mozzarella segar dan dipotong dadu kecil
⬜ ¼
cawan daun selasih yang siap dicincang
⬜ ½
cawan keju provolone yang telah diparut
⬜ ¼
cawan keju Parmesan yang telah diparut
⬜ 1 sudu
besar minyak zaitun
Cara-cara
☑️ Langkah 1
Panaskan ketuhar sehingga 450 darjah F (230 darjah
C).
☑️ Langkah 2
Letakkan dada ayam di antara dua kepingan plastik
yang tebal (beg beku yang boleh ditutup semula adalah lebih baik) di atas
permukaan yang rata dan keras. Tumbuk dada ayam tersebut dengan kuat pada
bahagian halus palu dada ayam sehingga ketebalannya 1/2 inci. Perapkan dada
ayam tersebut bersama garam dan lada hitam.
☑️ Langkah 3
Pukul telur dalam mangkuk dan ketepikan.
☑️ Langkah 4
Campurkan serbuk roti dan 1/2 cawan keju Parmesan
dalam sebuah mangkuk yang berlainan dan ketepikan.
☑️ Langkah 5
Letakkan tepung ke dalam ayak atau penapis; ayakkan
ke atas dada ayam dan salutkan pada kedua-dua belah bahagian dengan rata.
☑️ Langkah 6
Celupkan dada ayam yang telah disaluti tepung ke
dalam telur yang telah dipukul. Pindahkan dada ayam tersebut ke dalam campuran
serbuk roti dan salutkan pada keseluruhan dada ayam. Ulang langkah yang sama
untuk kesemua dada ayam. Setelah itu, ketepikan dada ayam tersebut selama lebih
kurang 15 minit.
☑️ Langkah 7
Panaskan 1 cawan minyak zaitun ke dalam kuali besar
dengan api sederhana sehingga minyak kelihatan panas berkilau. Masak ayam
sehingga kelihatan keemasan, kira-kira 2 minit pada setiap satu bahagian. Ayam
akan selesai dimasak di dalam ketuhar.
☑️ Langkah 8
Letakkan ayam tersebut ke dalam loyang atau baking
dish dan letakkan 1/3 cawan sos tomato pada setiap dada ayam di
atasnya. Lapiskan juga setiap dada ayam dengan keju mozzarella, daun selasih
segar, dan keju provolone dengan jumlah yang sama. Taburkan 1 hingga 2 sudu
besar keju Parmesan di atasnya dan sembur rata minyak zaitun dalam 1 sudu
besar.
☑️ Langkah 9
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga
keju kelihatan keperangan dan berbuih serta di tengah dada ayam tidak lagi
berwarna merah jambu atau separa masak, 15 hingga 20 minit. Termometer bacaan
segera dimasukkan ke bahagian tengah dan hendaklah mencapai bacaan
sekurang-kurangnya 165 darjah F (74 darjah C).
Nota Masakan:
Gunakan sos tomato yang
berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda boleh juga
menggantikan pesto atau herba kering Itali pilihan anda dengan selasih, atau
tidak menggunakannya langsung. Sekiranya menggunakan mozzarella segar, potongan
berbentuk kiub atau potongan berbentuk dadu berbeza mencincangnya atau
memarutnya.
Fakta pemakanan
Setiap hidangan:
471 kalori; protein 42.1gm;
karbohidrat 24.8gm; lemak 24.9gm; kolesterol 186.7mg; natrium 840.3mg.
RUJUKAN:
Allrecepis. (2020). Chicken Parmesan. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/223042/chicken-parmesan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan