Rabu, 30 Disember 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)


       MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI    MUHAMMAD HAMIZ BIN SIDIN

                        195271                                                 195257 


Ayam Parmesan

⭐⭐⭐⭐⭐       4,091 Penilaian   |   2,761 Ulasan   |    1,416 Gambar

Resipi Ayam Parmesan yang dihasilkan oleh saya adalah sedikit berbeza daripada kebiasaan yang dihasilkan di kebanyakan restoran kerana resipi ini menggunakan sos yang sedikit dan bahagian luaran salutan ayam yang lebih rangup. 


Bahan-bahan

 

  4 bahagian dada ayam tanpa kulit dan tanpa tulang

 

  Garam dan lada hitam yang sudah digiling secukup rasa

 

  2 biji telur

 

  1 cawan sebuk roti panko atau lebih mengikut keperluan

 

  ½ cawan keju Parmesan yang telah diparut

 

  2 sudu besar tepung serba guna atau lebih mengikut keperluan

 

  1 cawan minyak zaitun untuk menggoreng

 

  ½ cawan sos tomato yang telah disediakan

 

  ¼ cawan keju mozzarella segar dan dipotong dadu kecil

 

  ¼ cawan daun selasih yang siap dicincang

 

  ½ cawan keju provolone yang telah diparut

 

  ¼ cawan keju Parmesan yang telah diparut

 

  1 sudu besar minyak zaitun

 

Cara-cara 

 ☑️ Langkah 1

Panaskan ketuhar sehingga 450 darjah F (230 darjah C).

 

 ☑️ Langkah 2

Letakkan dada ayam di antara dua kepingan plastik yang tebal (beg beku yang boleh ditutup semula adalah lebih baik) di atas permukaan yang rata dan keras. Tumbuk dada ayam tersebut dengan kuat pada bahagian halus palu dada ayam sehingga ketebalannya 1/2 inci. Perapkan dada ayam tersebut bersama garam dan lada hitam.  

 

 ☑️ Langkah 3

Pukul telur dalam mangkuk dan ketepikan.

 

 ☑️ Langkah 4

Campurkan serbuk roti dan 1/2 cawan keju Parmesan dalam sebuah mangkuk yang berlainan dan ketepikan.

 

 ☑️ Langkah 5

Letakkan tepung ke dalam ayak atau penapis; ayakkan ke atas dada ayam dan salutkan pada kedua-dua belah bahagian dengan rata.

 

 ☑️ Langkah 6

Celupkan dada ayam yang telah disaluti tepung ke dalam telur yang telah dipukul. Pindahkan dada ayam tersebut ke dalam campuran serbuk roti dan salutkan pada keseluruhan dada ayam. Ulang langkah yang sama untuk kesemua dada ayam. Setelah itu, ketepikan dada ayam tersebut selama lebih kurang 15 minit.

 

 ☑️ Langkah 7

Panaskan 1 cawan minyak zaitun ke dalam kuali besar dengan api sederhana sehingga minyak kelihatan panas berkilau. Masak ayam sehingga kelihatan keemasan, kira-kira 2 minit pada setiap satu bahagian. Ayam akan selesai dimasak di dalam ketuhar.


 ☑️ Langkah 8

Letakkan ayam tersebut ke dalam loyang atau baking dish dan letakkan 1/3 cawan sos tomato pada setiap dada ayam di atasnya. Lapiskan juga setiap dada ayam dengan keju mozzarella, daun selasih segar, dan keju provolone dengan jumlah yang sama. Taburkan 1 hingga 2 sudu besar keju Parmesan di atasnya dan sembur rata minyak zaitun dalam 1 sudu besar.

 

 ☑️ Langkah 9

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga keju kelihatan keperangan dan berbuih serta di tengah dada ayam tidak lagi berwarna merah jambu atau separa masak, 15 hingga 20 minit. Termometer bacaan segera dimasukkan ke bahagian tengah dan hendaklah mencapai bacaan sekurang-kurangnya 165 darjah F (74 darjah C).

 

Nota Masakan:

Gunakan sos tomato yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda boleh juga menggantikan pesto atau herba kering Itali pilihan anda dengan selasih, atau tidak menggunakannya langsung. Sekiranya menggunakan mozzarella segar, potongan berbentuk kiub atau potongan berbentuk dadu berbeza mencincangnya atau memarutnya.


Fakta pemakanan

Setiap hidangan:

471 kalori; protein 42.1gm; karbohidrat 24.8gm; lemak 24.9gm; kolesterol 186.7mg; natrium 840.3mg.


RUJUKAN:

Allrecepis. (2020). Chicken Parmesan. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/223042/chicken-parmesan/ 


Kehadiran minggu 10




BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

 

MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI @ MD YUNUS
195271

Teks Asal:

Masihkah Kau Ingat?

 

1.   Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

2.   Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

3.   Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

4.   Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

5.   Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

6.   Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

7.   Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Terjemahan Bahasa Inggeris:

Do you still remember?

 

1. Write and rework using your own sentences (Do not copy (copy paste) from articles or books).

2. Use Turnitin or other tools before making submissions to supervisors or journals.

3. Make a reference from the main reference. Avoid referring to secondary references.

4. Read many recent articles to better understand the study to be conducted (minimum 50 articles).

5. Attend seminars or conferences to get input on relevant studies.

6. Discuss with the supervisor about the research conducted. Avoid talking to other students because students are not experts in the field.

7. Number of pages (approximately) for Chapter 1 (10-12 pages), Chapter 2 (30 pages - Bachelor and Master; 50 pages - PhD), Chapter 3 (10 - 12 pages), Chapter 4 (40 pages for each objectives and Chapter 5 (8-12 pages).

8. The whole thesis should have a maximum of about 80 pages (bachelor), 81-150 (Master) and 151-240 (PhD). * Subject to the wishes of lecturers, faculty and universities.

9. Make a plan or schedule for the entire study period.

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Kehadiran minggu 10


BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 

MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI @ MD YUNUS

195271


1.  Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again

 Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan melawan lagi supaya saya kembali tenang.

 Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

 “Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih. Alim menangis”

 

2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan sentiasa menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

 “Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain”

 

3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

 Terjemahan Melayu: Untuk hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada perkara yang lain.

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

 “Di dalam sebuah rumah yang kecil, tinggal seorang budak lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang tersenyum sambil memandang ke arah dinding. Budak lelaki itu bernama Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Mereka keluarga yang penyayang.”

 

4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ianya akan menjadi perkara yang sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

 

5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

 Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

 Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

 “Alim seorang yang pemurah. Dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman”

 

6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

 Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat menerangkan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.

 

7. Teks Asal: I have faith with you.

Terjemahan Melayu: Saya percayakan awak

 Bukti: Cerita Sosial 4: Hati

“Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu tahu Alim boleh berdikari.”

 

8. Teks Asal: I want someone tell me that it is going to be fine.

 Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

 Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa," kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah

 

9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”

 

Rujukan: Noraien Mansor Normaliza Abd Rahim (2017). 200 Quotes for you... for us... Terengganu, Penerbit UMT. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.




Kehadiran minggu 10