Rabu, 30 Disember 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 

MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI @ MD YUNUS

195271


1.  Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again

 Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan melawan lagi supaya saya kembali tenang.

 Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

 “Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih. Alim menangis”

 

2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan sentiasa menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

 “Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain”

 

3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

 Terjemahan Melayu: Untuk hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada perkara yang lain.

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

 “Di dalam sebuah rumah yang kecil, tinggal seorang budak lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang tersenyum sambil memandang ke arah dinding. Budak lelaki itu bernama Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Mereka keluarga yang penyayang.”

 

4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ianya akan menjadi perkara yang sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

 

5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

 Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

 Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

 “Alim seorang yang pemurah. Dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman”

 

6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

 Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat menerangkan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.

 

7. Teks Asal: I have faith with you.

Terjemahan Melayu: Saya percayakan awak

 Bukti: Cerita Sosial 4: Hati

“Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu tahu Alim boleh berdikari.”

 

8. Teks Asal: I want someone tell me that it is going to be fine.

 Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

 Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa," kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah

 

9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”

 

Rujukan: Noraien Mansor Normaliza Abd Rahim (2017). 200 Quotes for you... for us... Terengganu, Penerbit UMT. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.




Kehadiran minggu 10





Tiada ulasan:

Catat Ulasan