Khamis, 7 Januari 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

                                                 

Muhamad Izzuddin Bin Abd Ghani @ Md Yunus
195271

 Masihkah Kau Ingat?

 

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


Huraian: Pengkaji perlu menghasilkan sesebuah tesis dengan cara menggunakan ayat sendiri dan asli, dan diolah dengan baik. Penulisan tesis adalah dilarang untuk menyalin keseluruhan teks asal dan perlu diolah mengikut ayat pengkaji sendiri.



2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

 

Huraian: Tesis yang dihasilkan adalah digalakkan untuk disemak terlebih dahulu menggunakan Turnitin atau tool sebelun dihantar kepada jurnal atau penyelia tesis. Dengan cara ini, plagiarisme dapat dielakkan dan  kadar peratusan plagiat dapat dikawal

 

 

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder. 

 

Huraian: Rujukan utama perlu digunakan oleh pengkaji dan sumber rujukan sekunder perlu dielakkan dalam sesebuah penulisan tesis. Sebagai contoh, pengkaji perlu mengambil artikel atau jurnal yang ditulis oleh pengkaji asal sebagai rujukan utama dan perlu mengelakkan mengambil rujukan pengkaji lain yang menyatakan rujukan pengkaji asal tersebut dalam artikelnya. Hal ini kerana, pengkaji yang mengambil rujkan pengkaji lain dianggap sebagai rujkan sekunder.

 

  

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

 

Huraian: Pengkaji yang melakukan sesebuah kajian berkaitan sesuatu bidang perlulah membaca artikel yang berkaitan tajuk yang ingin dikaji. Melalui cara ini,  pengkaji boleh mendapat gambaran awal berkaitan kajian yang akan ditulis.  Sebanyak 50 artikel (jumlah minimum) seharusnya dibaca untuk menambahkan maklumat pengkaji dalam sesuatu kajian. 



5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

Huraian: Pelajar atau individu yang ingin menjalankan sebuah kajian, adalah perlu menghadiri seminar atau persidangan berkaitan kajian yang dilakukan. Hal ini bagi memastikan pengkaji memperoleh banyak maklumat berkaitan kajian yang ingin dijalankan.

 

 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

 

Huraian: Segala perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan penulisan tesis atau pelaksanaan sebuah penyelidikan, pelajar atau individu tersebut seharusnya melalui proses perbincangan bersama penyelia yang pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Pengkaji juga seharusnya mengelakkan daripada berbincang dengan pelajar yang lain berkaitan kajian tersebut kerana pelajar bukanlah orang yang tepat untuk dirujuk. Hal ini kerana bagi mengelakkan berlakunya banyak kesalahan.

 


7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master: 50 halaman PhD), Bab 3 (10 12 halaman). Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

 

Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman.


8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

Huraian: Keseluruhan halaman tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. Berikut adalah salah satu syarat yang harus dipatuhi demi melengkapkan tesis yang dilakukan. 

 

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Huraian: Bagi melaksanakan tesis sewajarnya pengkaji atau pelajar membuat perancangan atau jadual yang berkaitan sepanjang tempoh pengajian. Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara tersebut mampu memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis. Sekiranya gagal membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan kajian yang dilakukan juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

 

 

RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim. (2019).Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia




Kehadiran Minggu 11





Tiada ulasan:

Catat Ulasan