Ahad, 10 Januari 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

 


Kesimpulan (Bab 5) #JomTulisTesis.

Kita akan mula membincangkan tentang penulisan dalam Bab 5. Dalam Bab 5 ini, kita sebenarnya mempunyai, kalau kita lihat dalam buku ini, kita mempunyai lebih kurang enam subtopik. Kalau kita lihat enam subtopik ini, kita mulakan 5.1 iaitu pengenalan seperti yang saya katakan sebelum ini dalam semua bab mesti mengandungi pengenalan dan juga kesimpulan. Namun, Bab 5 kesimpulan digantikan dengan penutup. Jadi pengenalan bab ini kita cuma huraikan apa yang terkandung dalam Bab 5 ini. Seterusnya, kita akan membincangkan tentang rumusan. Bahagian rumusan ini, sebenarnya kita tengok berapa jumlah objektif kita. Sekarang ni kita ada dua objektif. Jadi dalam rumusan maknanya kita akan membincangkan dalam dua perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan sebab rumusan ini kita sudah pun bincangkan dalam Bab 4. Jadi tidak perlu panjang lebar. Jadi kita mempunyai perenggan satu, perenggan dua. Jadi maknanya sekarang kita rumuskan objektif satu yang tentang mengenal pasti wacana tekstual animasi cerita rakyat Melayu, letak dalam satu perenggan. Kemudian menganalisis kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dalam perenggan kedua. Jadi ingat ya, dalam rumusan ini kita tidak perlu lagi nk menulis tentang apa yang data kita dapat, berapa orang sampel apa semua tu. Kita Cuma letak apakah keputusan kajian tapi dengan cara rumusan, makanya dengan cara ringkas sahaja. Namun, jika kita punya kajian kita berbentuk kualitatif, maknanya dalam rumusan ini kita letaklah data keputusan itu sahaja. Jadi bukanlah data yang awal yang kita peroleh tetapi data keputusan akhir sahaja. Yang itu kita boleh letak dalam bentuk penomboran. Jadi dalam rumusan ini ingat ya, ringkas dan juga dalam rumusan tidak boleh sama dengan rumusan dalam Bab 4, tidak boleh sama, kena berhati-hati di situ ya. Seterusnya kita masuk kepada implikasi, implikasi ini ialah tentang apakah implikasi kajian ini tentang keputusan kajian yang awak dapat diperoleh ni, apakah implikasi dia. Memberi manafaat kepada siapa. Jadi awak kena senaraikan dalam bentuk perenggan juga. Jadi ini pastikan bahawa implikasi ini agak berbeza dengan apa yang awak tulis dalam kepentingan kajian. Jadi yang inilah kita lebih terperinci lagi lah. Contohnya kalau kita nampak kepentingan kajian itu dalam kalangan masyarakat keseluruhannya, jadi dalam implikasi itu siapa dalam golongan siapa, pelajar sekolah rendah sahaja ke, pelajar istimewa ke, pelajar sekolah. Jadi kita akan rincikan dengan lebih teliti ya. Kemudian kita akan masuk 5.4 ya. 5.4 ini kebaharuan. Okay ini perkara yang baharu ya, perkara yang baharu yang mana biasanya tesis jarang kita dapat lihat tentang subtopik ini tetapi kita perlu wujudkan subtopik kebaharuan. Apa kebaharuan ni?. Dalam bahasa Inggerisnya ialah novelty. Jadi novelty ini penting ya, dimana kita akan menunjukkan apa perkara baharu yang kita peroleh yang kita dapat setelah kita jalankan kajian, kita dapatkan keputusan kajian, apa kebaharuannya. Kalau kita lihat dalam kita punya kajian ini, di sini contohnya, jadi contohnya ya, dalam animasi cerita rakyat Melayu ini, okay yang diterbit oleh Dewan Bahasa Pustaka, contohnya ya ia terbit tahun 2020. Baru sahaja diterbitkan. Jadi baru sahaja diterbitkan maknanya tak de siapa lagi lah yang boleh buat kajian lagi. Jadi awak lah orang yang pertama yang membuat kajian ini. Dan juga, contohnya sekarang, skrip animasi ini memanglah perkara baharu serupa, benda yang sama ya skrip animasi ini diberi pendapat oleh pelajar sekolah, okay tentang pandangan dia, tentang skrip animasi. Perkara baharu juga. Jadi perlu dihuraikan dalam satu perenggan sahaja tentang apakah kebaharuan yang terdapat dalam kajian awak ini. Jadi huraikan dalam satu perenggan tentang yang tadi lah skrip animasi itu dan juga tentang kesan dia bagaimana pelajar sekolah rendah dapat memberi pendapat tentang skrip itu tersebut ya. Okay seterusnya 5.5 ialah cadangan. Cadangan ini biasanya kekadang pelajar dia buat silap ya, dia buat salah sikit, jadi yang ini awak boleh buat dalam bentuk subtopik. Jangan letak macam contoh ada pelajar dia pergi letak perkataan, subtajuk dia metodologi, kemudian dia huraikan, dia anggapkan bahawa dia cadangkan dari segi metodologi ubah. Ini tidak jelas ya. Jadi apa perlu awak buat, jangan letak yang macam ni awak kena cadangkan tajuk dia. Jadi kalau contohnya, kajian ini ‘wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat’, okay jadi awak boleh cadangkan ya dalam skrip animasi cerita rakyat ini juga mengandungi lirik lagu ataupun lagu cerita rakyat. Jadi awak boleh cadangakan kajian tentang lirik lagu animasi cerita rakyat. Jadi bawah ni awak perlu buat huraian, huraian tentang apa yang dimaksudkan yang ini. Okay barulah yang ini cadangan awak lebih fokus daripada awak letak satu perkataan sahaja. Itu tidak berfokus. Jadi itu baru satu. Kemudian 5.1.2 awak cadangkan yang lain lagi mungkin daripada skrip animasi cerita rakyat tu awak boleh cadangkan kajian kepada kanak-kanak yang berumur tujuh tahun untuk mengenal pasti kata kerja ataupun kata adjektif dalam skrip animasi cerita rakyat. Itu bendanya kita letak seluruh ayat tu kena beri huraian apa benda dia, macam mana kajian itu dijalankan. Okay yang untuk cadangan ini, kita letak minima tiga dan maksima kita letak lima kerana ada pelajhar kadang-kadang dia letak satu sahaja. Jadi satu sahaja menunjukkan bahawa kajian awak yang sebelum ni tak lah berapa penting dan sampai tak de kajian lagi yang boleh, kajian lanjutan yang kita boleh cadangkan. Jadi lebih baik kita letakkan minima tiga, seperti yang saya kata, saya ulang tadi ya, letakkan tajuk, tajuk ya jangan perkataan, letakkan tajuk kemudian beri huraian, letakkan ayat tajuk kajian, huraian. Kemudia letak tiga. Seterusnya, yang akhir ialah penutup. Yang penutup ini satu perenggan sahaja. Okay dalam satu perenggan sahaja iaitu awak kena tutup bukan sahaja Bab 5 tapi keseluruhan tesis. Jadi yang ini ya perlu diingat bahawa ini ayat awak sendiri. Tidak ada data lagi dah dalam tu, tak de rujukan dah, tak perlu ada. Ini ayat awak sendiri, awak nak tutup awak punya kajian. Dah penat buat bertahun-tahun tesis ini awak perlu tutup. Ini ayat sendiri lah. Ayat yang tentang kajian awak. Jadi keseluruhan Bab 5 ini biasanya lapan hingga 10 halaman. Tidak perlu panjang kerana kalau dilihat pengenalan ringkas sahaja, dan juga penutup baru seperenggan seperenggan, baru satu halaman, yang lain sahaja huraian. Ini lebih kurang. Lebih kurang dia punya halaman ya. Jadi jangan lebih-lebih. Sebab ada didapati pelajar dia letak sampai 20 halaman, tak tau apa yang dia letak. Kadang-kadang jadi yang banyak sangat halaman tu sebab rumusan ini. Dia pergi copy paste daripada Bab 4 ataupun huraian yang dia ada ni entah mana yang dia dapat pula, dia letak pulak rujukan tiba-tiba. Ingat, dalam rumusan ni dah tak perlu ada rujukan lagi dah. Tak perlu dah sebab kita nak merumuskan. Kalau rujukan-rujukan ni kita dh ada letak dalam Bab 4. Jadi tak perlu ada rujukan lagi dah dalam ini. Implikasi ni pun tak perlu ada rujukan dah. Malah kebaharuan ini pun dah tak perlu ada rujukan, cadangan pun tiada. Sebab Bab 5 ni kebanyakannya kita nak simpulkan keseluruhan kajian yang kita telah jalankan. Okay.

 

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS


Conclusion (Chapter 5) #Let'sWriteAThesis.

We will begin to discuss the writing in Chapter 5. In this Chapter 5, we actually have, if we look in this book, we have about six subtopics. If we look at these six subtopics, we start with 5.1 which is the introduction as I said before in all the chapters should contains an introduction and also a conclusion. However, Chapter 5 conclusion is replaced by a closing. So, in the introduction to this chapter we just describe what is contained in this Chapter 5. Next, we will discuss the summary. Part of this summary, we actually see how many of our objectives are. Now we have two objectives. So, in summary it means we will discuss in two paragraphs only. There is no need for many paragraphs because this conclusion we have already discussed in Chapter 4. So, there is no need for length. So, we have paragraph one, paragraph two. So, does this mean we now conclude that the objective of identifying textual discourse animation Malay folklore, put in one paragraph. Then analyze the effect of animation script Malay folklore among primary school students in the second paragraph. So remember, in this summary we no longer need to write about what data we get, how many people sample what it all is. We just put what the results of the study but in a concise way, so in a concise way only. However, if we have our study in the form of qualitative, it means in this summary we put the data of the results only. So, it is not the initial data that we obtain but the final decision data only. That we can put in the form of numbering. So, in this summary remember, concise and also in the summary can not be the same as the summary in Chapter 4, can not be the same, be careful there okay. Next, we go into the implications, these implications are about what are the implications of this study about the results of the study that you can obtain, what are the implications of it. Benefit to whom. So, you have to list it in paragraph form as well. So, make sure that these implications are quite different from what you wrote in the important of the study. So, this is what we are more detailed about. For example, if we see the importance of the study in society as a whole, so in that implication who is in the group of who, only primary school students, special students, or school students. So, we will detail in more detail okay. Then we will enter 5.4 okay. 5.4 is a novelty. Okay this is a new thing, a new thing which is usually the thesis we rarely see about this subtopic but we need to create a novelty subtopic. What is this novelty?. In Malay it is kebaharuan. So, this kebaharuan is important okay, where we will show what new things we get that we get after we conduct a study, we get the results of the study, what is the novelty. If we had seen in our study, here for example, be an example, in this animation Malay folklore, okay published by Dewan Bahasa Pustaka, for instance okay it was published in 2020. Recently published. So, it has just been published, meaning no one else can do the research anymore. So, you are the first person to do this study. And also, for example now, this animated script is indeed a similar new thing, the same thing this animated script is given an opinion by the school student, okay about his views, about the animated script. New things too. So, it is necessary to describe in one paragraph only about what novelties are found in this study of yours. So, describe in one paragraph about the previous animated script and also about the effect he had on how primary school students can give an opinion about the script. Okay next 5.5 is a suggestion. This suggestion is usually a student he made a mistake, he did a little wrong, so this one you can do in subtopic form. Do not put an example of a student he went to put a word, subtitled him methodology, then he elaborated, he assumed that he suggested in terms of methodology change. This is not clear. So, what do you need to do, do not put something like this you have to suggest the title of him. So, if for example, this study is ‘textual discourse of folklore animated script script’, okay so you can suggest in this folklore animation script also contains song lyrics or folklore songs. So, you can suggest a study on the lyrics of animated folklore songs. So, below you need to make a description, a description of what this means. Okay then this is your suggestion more focused than you put just one word. That is not focused. So, that's just one. Then 5.1.2 you suggest something else that might be from the folklore animation script then you can suggest a study to a seven-year-old child to identify the verbs or adjectives in the folklore animation script. That's the thing we put the whole sentence has to give a description of what he is, how the study was conducted. Okay for this suggestion, we put a minimum of three and a maximum of five we put because there are students who sometimes put only one. So, only one shows that your previous study is not as important and until there is no further study that can be, further study that we can suggest. So, we better put a minimum of three, as I said, I repeated okay, put a title, a title yes do not words, put a title then give a description, put a sentence of the title of the study, a description. Then place three. Next, the last one is the cover. The cover is one paragraph only. Okay in one paragraph only that you have to cover not only Chapter 5 but the whole thesis. So, this one keep in mind that this is your own sentence. There is no more data in it, no reference, no need. This is your own sentence, you want to close you have a study. Tired for many years doing this thesis, this thesis you need to close. This is the verse itself. A sentence about your study. So, the whole of this Chapter 5 is usually eight to 10 pages. It does not need to be long because if you look at the brief introduction only, and also the closing of a paragraph, there were just one page, only another is description. This is more or less. More or less about the pages. So, do not overdo it. Because there are students he puts up to 20 pages, do not know what he puts. Sometimes there are so many pages because of this summary. He went to copy and paste from Chapter 4 or the description he had, no matter where he got it, he suddenly put a reference. Remember, in this summary there is no need for a reference anymore. No need because we want to summarize it. If we have these references, we have them in Chapter 4. So, there is no need for any references in this. This implication does not even need a reference. Even this novelty does not need a reference, no suggestions. Because most of Chapter 5 we want to summarize the whole study that we have conducted. Okay.


Rujukan :

    Normaliza Abd Rahim. (2019).  Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.






Kehadiran Minggu 11


Tiada ulasan:

Catat Ulasan