Ahad, 24 Januari 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkn kepada pembaca blog ini. Terima kasih ya sudi bertandang ke blog usang saya ni. Berhabuk sikit. Sebelum saya meneruskan coretan tentang pengalaman saya dalam subjek penterjemahan berbantukan komputer, terlebih dahulu sy mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga kepada yang berbahagia selalu,  Prof Normaliza kerana berjaya mengajar kelas sehingga ke akhir sem dan telah berkorban mencurahkan ilmu yang tidak ternilai kepada kami semua yang mendaftarkan diri subjek ini.

 

Pada mulanya, saya mendaftar subjek ini di SMP UPM untuk memenuhi subjek minor saya yang ke-10. Sungguh, saya tidak pernah mengenali sosok tubuh bernama Prof Normaliza. Selama pengajian saya 3 tahun di UPM dan mengambil hampir 10 subjek minor, tiada satu kelas pun yang diajar oleh Prof Normaliza. Jadi saya tidak kenal dan tidak pernah langsung berjumpa dengan Prof. Pada fikiran saya, mesti pensyarah seorang ni baik juga seperti pensyarah subjek minor sebelum ini. Tertanya juga siapakah gerangannya. Saya dan rakan-rakan berasa sedikit teruja menanti kelas pertama semester sem ini kerana kelas prof adalah kelas yang pertama. Satu pengalaman baru buat kami semua.

 

Tibalah hari yang dinantikan. Hari isnin bersamaan 19 Oktober 2020. Kelas pertama bagi semester ke 7. Pada setiap harini isnin selama 3jam. Pada hari pertama, terasa kejutan budaya dengan budaya kelas yang baru. Terlalu banyak tugasan yg diberikan oleh Prof. Rasa seperti tidak masuk akal dengan masa yang diberikan untuk menyiapkn tugasan sebanyak itu. Sampaikan nak makan tengah hari pun tak sempat sebab risau tidak dapat siapkan tugasan yg diberikan prof . Tidak tertanggung banyaknya. Akan tetapi, alhamdulillah sempat juga sebenarnya saya makan dan menyiapkn tugasan yang diberikan oleh prof. Jujur saya katakan, hilang sedikit selera makan ketika itu. Dalam kelas, Prof pernah juga menyebut,  nak belajar dgn prof,  hati dan jiwa mestilah kental untuk habiskan subjek ini . Seram sejuk bunyinya. Risau tak dapat mengikut rentak pengajaran Prof.  Saya sentiasa ingatkan diri, untuk minggu seterusnya dan akan datang, saya perlu dan wajib untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal yang kuat untuk mendapatkan ilmu subjek ini.


Jika dihitung, hampir 5 minggu belajar dan bertahan dengan kelas Prof. Alah bisa tegal biasa. Saya dah terbiasa dengan tugasan yang sememangnya banyak diberikan. Bukan sekadar banyak, tetapi tugasan-tugasan yang diberikan itu perlu dibuat bersungguh-sunggguh dengan teliti dengan setiap perkara. Sebagai penterjemah, mestilah perlu terjemahkan sesuatu perkara dengan berhati-hati mengikut syarat-syarat yang diberikan oleh klien. Satu pelajaran yang Prof ajar secara tidak langsung adalah Prof diibaratkan sebagai klien dan saya ialah penterjemah.


Pada saya, Prof ni garang orangnya. Tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut. Tegas beliau hanya untuk mendidik pelajar-pelajarnya untuk menjadi seorang penterjemah yang professional di masa hadapan. Saya bersyukur dapat pensyarah seperti prof ini. Banyak ilmu beliau mengajar saya terutamanya dari segi penggunaan Microsoft excel. Selain itu, track changer dalam microsof word yang selama ini saya tidak pernah tahu kewujudannya. Jadi , banyak sangat pengajaran dan hikmah yang saya peroleh disebalik tugasan yang banyak dan membebankan yang diberikan oleh prof.


Kalau nak cerita semuanya dekat sini memang tak habis. Apa yang boleh saya simpulkan, belajar subjek ini benyak sangat benda baru yang saya dapat dipelajari untuk menjadi seorang penterjemah yang berkualiti. Sekali lagi saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Normaliza kerana sudi mengajar dan mendidik kami dengan penuh bersemangat dan ikhlas. Saya doa kan Prof selalu sihat da sentiasa dalam rahmat Allah. Dan terus menjadi pensyarah yang berwibawa dan sentiasa memberi ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan